ETIKA / TATACARA SEMASA BERADA DI MAKMAL KOMPUTER KOLEJ KOMUNITI KUCHING

  • DILARANG MENGAMBIL PERALATAN YANG DISEDIAKAN
  • DILARANG MEMBAWA MAKANAN & MINUMAN
  • DILARANG MENGUBAH KEDUDUKAN ASAL PERALATAN
  • DILARANG MENGUBAHSUAI SETTING DALAM KOMPUTER
  • SCAN “PENDRIVE” SEBELUM DIGUNAKAN
  • “SAVE AS” FAIL KERJA DALAM PENDRIVE PERIBADI ANDA
  • TUTUP SUIS UTAMA KOMPUTER SELEPAS DIGUNAKAN
  • PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER ADALAH UNTUK KELAS / RASMI SAHAJA
  • BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KESELAMATAN & PENJAGAAN & PERALATAN
  • DILARANG MEMBUANG SAMPAH BUKAN PADA TEMPATNYA
  • KEROSAKAN & MASALAH PADA KOMPUTER HENDAKLAH DILAPORKAN KEPADA UNIT ICT/ PENSYARAH KELAS

STANDARD OPERATING PROCEDURE (S.O.P) PENGGUNAAN KOMPUTER DI KOLEJ KOMUNITI KUCHING 

SEBELUM
  • TIDAK DIBENARKAN MASUK KE DALAM MAKMAL KOMPUTER TANPA PENGAWASAN PENSYARAH/ PENYELIA
  • DAPATKAN KEBENARAN DARIPADA PENYELIA / PENGAJAR UNTUK MENGGUNAKAN KOMPUTER
  • PASTIKAN BEKALAN KUASA DI ON SEBELUM MEMULAKAN KERJA / TUGAS
  • TEKAN BUTANG POWER PADA KOMPUTER SEBELUM MEMULAKAN OPERASI
SEMASA
  • PASTIKAN MEDIA STORAN SEPERTI PENDRIVE, CD DAN EXTERNAL HARD DISK DI SCAN SEBELUM DIGUNAKAN
  • SIMPAN SEMUA DATA DI DALAM MEDIA STORAN (SENDIRI/ PERIBADI) SELEPAS MEMBUAT TUGASAN / KERJA. DILARANG MENYIMPAN TUGASAN/ KERJA DI DALAM KOMPUTER KERANA PIHAK UICT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN DATA PENGGUNA.
SELEPAS
  • REMOVE ATAU EJECT MEDIA STORAN SELEPAS MENJALANKAN KERJA / TUGAS
  • SHUT DOWN KOMPUTER SELEPAS DIGUNAKAN.
  • OFF BEKALAN KUASA SELEPAS MENJALANKAN KERJA / TUGAS
  • MEMAKLUMKAN KEPADA PENYELIA / PENGAJAR SEBELUM MENINGGALKAN KELAS.
ARAHAN KESELAMATAN
  • DILARANG MEMBAWA BEG KEDALAM MAKMAL KOMPUTER. SILA TINGGALKAN BEG DI TEMPAT YANG DISEDIAKAN.
  • DILARANG MEMBAWA MAKANAN/ MINUMAN KE DALAM MAKMAL KOMPUTER.
  • PASTIKAN KAWASAN KERJA / MAKMAL BERADA DI DALAM KEADAAN BERSIH DAN DILARANG MENINGGALKAN BARANG-BARANG PERIBADI DI DALAM MAKMAL KOMPUTER.
  • DILARANG MENUKAR KEDUDUKAN KOMPUTER TANPA KEBENARAN DARI UICT KOLEJ KOMUNITI KUCHING.
  • DILARANG MEMBUKA, MEMASANG ATAU MEMPERBAIKI SENDIRI PERKAKASAN KOMPUTER DI DALAM MAKMAL. SILA MAKLUMKAN KEPADA JURUTEKNIK KOMPUTER SEKIRANYA ADA KEROSAKAN PADA KOMPUTER.

POLISI KESELAMATAN ICT (KOLEJ KOMUNITI KUCHING)

1.Gunakan Kata Laluan
•
Gunakan kata laluan yang kreatif (gabungan huruf, nombor dan simbol).
• Elakkan daripada mendedah kata laluan kepada orang lain.
• Sentiasa menukar kata laluan secara berkala dan elak dari menggunakan kata laluan yang sama atau berulang.
• Sulitkan (encrypt) penghantaran dokumen rasmi kerajaan dengan kata laluan.
• Elakkan menghantar dokumen rasmi kerajaan bersama-sama dengan kata laluan.

2.Kemaskini perisian keselamatan
• Lengkapkan komputer dan gajet dengan perisian keselamatan (seperti antivirus atau antispyware) terkini.
• Elakkan daripada menggunakan perisian keselamatan yang telah tamat tempoh.
• Gunakan perisian tulen.

3.Simpan dan lindungi maklumat
• Elakkan daripada memuat naik dokumen rasmi kerajaan dalam public cloud.
• Sentiasa imbas peranti storan sebelum menggunakannya.
• Sentiasa sediakan salinan pendua (backup) maklumat digital secara berkala.
• Elakkan meninggalkan komputer atau gajet tanpa sebarang pengawasan.
• Putuskan sambungan internet atau wi-fisekiranya tidak menggunakannya lagi.
• Pastikan meja kerja dikemas dan semua maklumat rasmi (termasuk yang berada di dalam media storan) disimpan di tempat yang.

4.Beretika ketika menggunakan Internet dan emel rasmi kerajaan
• Pastikan alamat emel dan kata laluan rasmi tidak digunakan dalam akaun peribadi media sosial.
• Elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi dan maklumat berkaitan tugas rasmi di internet dan media sosial.
• Elakkan memuat turun sebarang aplikasi yang tidak diketahui tahap keselamatannya.

5.Waspada jenayah siber
• Jangan benarkan individu lain menggunakan identity dan kata laluan akaun emel dan media.
• Elakkan daripada melayari laman web dan blog yang berunsur lucah, fitnah, hasutan, skim cepat kaya dan ideology keganasan.
• Elakkan dari menyebar kandungan berunsur lucah, fitnah, hasutan, skim cepat kaya dan ideologi keganasan.
.
6.Fikir dulu sebelum klik
• Jangan klik pada emel, pautan atau lampiran yang mencurigakan (termasuk orang yang tidak dikenali).
• Padamkan emel tersebut.

7.Laporkan
• Laporkan dengan segera kehilangan sebarang aset ICT Kerajaan (seperti peranti storan, komputer riba, komputer).
• Laporkan emel atau pautan yang mencurigakan atau dari orang yang tidak dikenali kepada Unit Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti Kuching.
• Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang insiden jenayah siber seperti penipuan internet.

8.Ambil Tahu
• Peka dengan tren ancaman siber terkini.
• Peka, fahami dan waspada mengenai kesan-kesan negative akibat penyalahgunaan internet.

9.Patuhi
• Ketahui dan patuhi polisi, arahan, peraturan, garis panduan dan pekeliling berkaitan keselamatan siber yang dikeluarkan oleh agensi/organisasi anda dan kerajaan.

SILA SCAN BARCODE SEBELUM MEMASUKI MAKMAL KOMPUTER

  • Scan QR Code di depan pintu makmal atau di PC pengguna
  • Masukkan keterangan diri pengguna
  • Klik Makmal Komputer digunakan
  • Pilih Nombor Komputer yang digunakan

SCAN BARCODE MAKMAL KOMPUTER