PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Klik di sini untuk mengisi borang kursus pendekKlik di sini untuk sertai Group Telegram PSH kamiKlik di sini untuk Whatsapp kami (Kursus Pendek)Ditawarkan kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta taraf sosio-ekonomi melalui kursus yang fleksibel dan mudah alih (mobile).
i) PSH Bermodul
Modul latihan kemahiran jangka pendek berasaskan proses kerja sebenar yang dilaksanakan tanpa ujian dan penilaian. Peserta program ini akan diberikan Sijil Penyertaan
ii) PSH Bermodul (Kredit)
Modul latihan kemahiran yang mengandungi pakej kursus dan dilaksanakan dengan ujian dan penilaian. Peserta yang mengikuti program ini akan diberikan Sijil Penyertaan, Sijil Modul dan dianugerahkan Sijil PSH Bermodul (Kredit) setelah tamat program.
Inisiatif di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agama. Pelan Induk PISH 2017-2025 telah menggariskan dua aspirasi iaitu:
i. Semua pelajar di institusi tahfiz dan pondok perlu diberikan ilmu kemahiran TVET dan keusahawanan; dan
ii. Semua umat Islam mendapat peluang yang luas untuk mengikuti PISH
Kumpulan Sasaran:
● Lepasan sekolah/penganggur
● Suri rumah
● Pekerja industri/swasta/awam
● Bekerja sendiri
● Pesara
● Pertubuhan Bukan Kerajaan
● Warga Emas (55 ke atas)
Prospek Latihan:
● Peserta kursus diharapkan akan dapat menguasai kemahiran
dalam kursus yang disertai agar boleh membantu meningkatkan
mutu kerja dalam kehidupan masing-masing.
● Latihan akan dapat menyediakan pengetahuan asas dalam memilih
kerjaya yang sesuai samada bekerja sendiri atau bekerja
dengan majikan.
Tempoh Kursus:
Bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak
Kolej Komuniti Kuching.
Kaedah Pembelajaran:
Pembelajaran kursus pendek adalah berpandukan konsep 'hands-on'
di mana peserta mempunyai peluang untuk menjalankan kursus secara
praktikal mengikut bidang kursus. Kebanyakkan kursus ini dilakukan
di luar waktu bekerja.